يا أيها الناس

Mentera Semerah Padi Najib?

Posted in take a break by aidazainon on September 3, 2009

1Malaysia mampu jadikan negara lebih aman, harmoni

KUANG 1 Sept. — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, 1Malaysia merupakan satu gagasan yang bersifat keislaman terutamanya dari segi pengisian dan matlamatnya yang bercirikan Perlembagaan Madinah. Perdana Menteri berkata, apabila 1Malaysia diamalkan ia mampu menjadikan negara lebih aman dan kehidupan rakyat lebih harmoni. Katanya, Perlembagaan Madinah merupakan perlembagaan Islam pertama yang mengutamakan dan mempertahankan Islam, memberi keadilan kepada semua kaum dan melindungi kaum minoriti serta kebebasan mengamalkan agama dan prinsip-prinsip ini terangkum di dalam 1Malaysia. “Oleh itu kita sama-sama melakukan yang terbaik kepada umat Islam dan berlaku adil kepada bukan Islam. Mudahan-mudahan dengan cara ini kita akan lebih bertakwa kepada Allah dan inilah sebenarnya terangkum dalam gagasan 1Malaysia,” katanya semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama Badan Perhubungan UMNO Selangor di Kampung Setia di sini hari ini. Sumber : Utusan Malaysia, 01/09/09

Najib Dah Mula Membuka Menteranya?

Perbandingan yang dibuat oleh Najib ibarat membandingkan babi dan lembu. Babi berkaki empat, ada ekor, ada bulu, ada telinga…. Lembu juga berkaki empat, ada ekor, ada bulu, ada telinga…. maka babi sama dengan lembu….halal untuk dimakan. Bukankah ini adalah suatu kesalahan yang sangat besar dalam membandingkan dua realiti yang berbeda? Begitu mudah sungguh perbandingan yang dibuat oleh Najib untuk mengiyakan dakwaan bahawa 1Malaysia itu bercirikan Perlembagaan Madinah. Di manakah para penasihat agama PM yang gaji mereka ribuan ringgit setiap bulan berada disaat Najib mengeluarkan kenyataan ini? Adakah mereka tertidur kerana kelaparan dibulan Ramadhan ataupun tertidur kerana perut mereka kekenyangan diisi dengan juadah berbuka puasa? Di mana teguran mereka sehinggakan dengan begitu mudah Najib membuat perbandingan antara 1Malaysia dengan Perlembagaan Madinah – perbandingan yang pada hakikatnya sangat berbeza bagaikan langit dengan bumi!

Wahai Najib! Apakah kamu sedar bahawa Perlembagaan Madinah itu sumbernya adalah wahyu Allah SWT?

“Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya”. [TMQ An-Najm (53) :4-5].

Bagaimana pula dengan konsep 1Malaysia. Berasaskan pemikiran manusia dan beraspirasikan perlembagaan manusia, mana bisa kita dapat bandingkan dengan wahyu Allah??? Perbandingan yang salah mulai dari asasnya hinggalah kepada cabang-cabangnya!! Hanya mereka yang mendapat taufiq dan hidayah sahaja yang akan dapat melihat bahawa kebatilan itu sebagai kebatilan dan kebenaran itu sebagai suatu kebenaran. Semoga Najib mendapatkan “kekuatan” ini dicelah-celah kebesaran Ramadhan kali ini.

Sumber: mykhilafah.com

Advertisements

Meniti hari exam.

Posted in take a break by aidazainon on Julai 24, 2009

Assalammualaikum,
Hmm sudah berapa bulan tak menjenguk blog ni…Aii terlampau sibuk dengan hal duniawi walaupun tidak sepatutnya menjadikan itu semua sebagai alasan…tapi sebagai manusia biasa, saya pasti akan mudah lupa. Mesti sentiasa diingatkan samada datang dari diri sendiri mahupun insan lain.
Sekarang ini, saya sibuk meniti hari dan menghitung waktu untuk exam. Mulai Isnin, 27hb Julai sehinggalah 7hb Ogos 2009. Mohon jasa baik sahabat2 sekalian untuk mendoakan kejayaan saya ye.. Syukran..

One Piece – Memories

Posted in my feveret by aidazainon on Mei 24, 2009

CHIISANA KORO NI WA TAKARA NO CHIZU GA (In childhood, I always followed)

ATAMA NO NAKA NI UKANDE ITE (The treasure map in my mind)

ITSUDEMO SAGASHITA KISEKI NO BASHO O (Lead me to the promised land I sought)

SHIRANAI DAREKA NI MAKENAI YOU NI (That I might not lose to one unknown)

LA LA LA LA

HONTOU NO (My true)

LA LA LA LA LA LA

YUME SAE TSUKAMENAI MAMA (Dream has yet to be fulfilled)

MOSHIMO SEKAI GA KAWARU NO NARA (But if the world changes)

NANIMO SHIRANAI KORO NO WATASHI NI (You could take me from when I know nothing)

TSURETE ITTE OMOIDE GA IRO ASENAI YOU NI (Take me with you, so my memories wont fade)

Notes :

Lagu ini mempunyai maksud mendalam walaupun hanya mengenalinya drpd lagu tema Anime One Piece (my feveret manga forever)

Diet vs Weight loss PART 2

Posted in take a break by aidazainon on Mei 18, 2009

Diet vs Weight loss 1

Posted in take a break by aidazainon on Mei 17, 2009

H1N1- Satu lagi kes

Posted in today's news by aidazainon on Mei 17, 2009

swine fluRakan mangsa pertama sah dijangkiti virus Influenza A

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan kes kedua Influenza A (H1N1) semalam selepas seorang pelajar perempuan yang pulang dari Amerika Syarikat (AS) disahkan dijangkiti virus berkenaan.

Pelajar berusia awal 20-an itu adalah rakan kepada pelajar lelaki berusia 21 tahun yang disahkan mangsa pertama virus itu, dan kedua-duanya menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH091 yang sama dari AS.

(more…)

Keheningan pagi

Posted in anugerah Tuhan by aidazainon on Mei 17, 2009

Detik waktu sudah melepasi 2.oo pagi. Aku masih berteleku di sini…ditemani keheningan pagi, disulami masalah-masalah duniawi, yang takkan putus, datang dan pergi sesuka hati…membuatkan aku lelah menghitung hari.

Fikiranku bercelaru, membuatku sentiasa keliru…pada siapakah patut ku seru, pada bintang, pada bulan…sudah tentu tidak…yang pasti hanya padaMu Tuhan…

Aku menggigil kesejukan, aku menggeletar kepanasan, diselimuti dosa-dosa silam…Ya Allah apakah yang harus aku lakukan? aku betul-betul kehausan di lautan kehidupan…lalu aku meneguk air ciptaanMu Tuhan…bantulah hambaMu ini ya Allah…seorang insan yang sentiasa kealpaan.

Keheningan pagi yang pergi, pasti akan kembali…

H1N1 menyerang Malaysia

Posted in today's news by aidazainon on Mei 16, 2009

H1N1 first case in Malaysia

PUTRAJAYA: The influenza A(H1N1) virus has landed in Malaysia.

The first case of the flu with pandemic potential was confirmed when a young student who returned from the United States on Wednesday de­veloped a fever and was hospitalised.

Test results yesterday confirmed that the student had the virus.

(more…)